Quote

Experience leads to success

Fitnah Membinasakan


Salam sejahtera buat pembaca sekalian..Kali ini ana ingin membawa satu topik yang amat berbahaya pengaruhnya dalam kehidupan kita sekalian.Fitnah!Kejadian seumpama ini sering berlaku kepada umat akhir zaman.Hal ini kerana kurangnya pemahaman umat Islam itu sendiri terhadap agama yang dianutinya.Tersingkap di dalam lipatan sejarah yang merungkaikan kejadian fitnah ini dapat menghancurkan bukan sahaja institusi kekeluargaan Islam.Malahan apa yang lebih dahsyat lagi membawa kepada kehancuran negara Islam!Oleh itu ana ingin mengajak pembaca merenungkan serta memikirkan resolusi yang terbaik bagi melupuskan fitnah dari muka bumi setelah mengikuti sisipan sejarah di bawah....

Peristiwa Fitnah Yang Membawa Kepada Pembunuhan Saidina Uthman Ibn Affan R.A

Dikisahkan kejadian itu bermula apabila fitnah timbul terhadap Saidina Uthman yang ketika itu memegang tampuk pemerintahan sebagai Khalifah Islam Yang Ketiga.Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Saidina Uthman.Beliau telah dituduh sebagai pengamal Nepotisme (melebihkan saudara mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan,meritokrasi atau kesesuaian terhadap sesuatu jawatan).Hal ini kerana ketika Saidina Uthman diangkat menjadi khalifah,ramai adik-beradiknya menjawat jawatan di dalam negeri.Dan disebabkan perkara inilah,musuh-musuh pada ketika itu menjadikan perkara ini sebagai satu isu.Walau bagaimana pun Saidina Uthman tidak mengambil adik-beradiknya atas dasar saudara-mara,tetapi berdasarkan keupayaan dan kelayakan mereka.Seterusnya fitnah ini disebarkan kepada masyarakat.Akhirnya,berangkatlah pemberontak dari Mesir menuju kerumah khalifah.


Sejarah juga mengupas ketika kejadian pembunuhan ini berlaku,Saidatina Aisyah R.A,beberapa orang isteri nabi yang lain serta dua orang sahabat nabi iaitu Az Zubair Ibn Awwam dan Talhah Ibn Ubaidillah tiada di Madinah kerana mengerjakan umrah di Makkah.Anak Saidina Umar Al Khattab iaitu Abdullah bin Umar juga mengikuti mengerjakan umrah.Saidatina Aisyah,bukan sahaja seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W,bahkan seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis nabi.Apabila nabi wafat,Saidatina Aisyah telah menjadi sumber rujukan para sahabat yang lain.Beliau merupakan orang yang utama di Madinah pada ketika itu.Kemudian,berita pembunuhan Saidina Uthman sampai kepada Saidatina Aishah.Mendengar sahaja berita pembunuhan itu,beliau terus berdiri dan menyatakan kepada orang ramai di situ(Makkah)."Bagaimana perkara ini boleh terjadi?Bagaimana Uthman yang mendapat kedudukan mulia disisi nabi tiba-tiba dibunuh dan dibunuh pula di tanah haram(Madinah)?Dibunuh juga di bulan haram?Perbuatan membunuh Uthman itu haram.Dan bagaimana pula sampai khalifah yang memerintah kita mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W dibiarkan sehingga dibunuh oleh musuh?"Seterusnya,Saidatina Aisyah menyatakan ,"Semua orang bertanggungjawab bangkit mempertahankan darah Uthman yang ditumpahkan itu".Oleh kerana Saidatina Aisyah merupakan Ummul Mukminin(Ibu orang yang beriman),isteri seorang nabi s.a.w,maka ramai umat islam mendengar arahannya.

Akhirnya,Saidatina Aisyah bersama-sama dua orang sahabat nabi tadi Az Zubair dan Talhah bertolak dari Madinah ke Basrah bagi menunggu kedatangan Saidina Ali pengganti khalifah melaporkan kejadian tersebut.Walau bagaimanapun anak Saidina Umar,Abdullah bin Umar tidak mengikuti rombongan tersebut ke Basrah.Hal ini kerana beliau merasakan bahawa keadaan ini akan menjadi sesuatu yang buruk.Beliau menyatakan persetujuan untuk mengikuti rombongan ini sekiranya mereka terus ke Madinah.Tetapi sekiranya rombongan ini berhenti di Basrah dan baru Bercadang untuk memasuki Kota Madinah beliau tidak bersetuju.Kerana Abdullah Bin Umar Bin Al Khattab ini merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi.Oleh kerana itu,Abdullah dan beberapa orang isteri nabi yang lain tidak mengikuti rombongan tersebut.


Apabila rombongan tersebut sampai di Basrah,berita kedatangan Saidatina Aisyah beserta dengan 5000 orang tentera tersebar dan sampai ke pengetahuan Saidina Ali(Kulafa Ar Rashidin Yang Keempat).Dengan pelbagai andaian sampai kepada beliau termasuklah andaian Saidatina Aisyah ingin menyerang,tidak berpuas hati dengannya.Kerana beliau menggantikan tempat Saidina Uthman tetapi tidak mengambil sebarang tindakan kepada mereka yang melakukan pembunuhan tersebut.Perkhabaran ini sudah bercampur aduk yang pada mulanya kecil menjadi besar!

Seterusnya Saidina Ali Ibn Abi Talib ingin menghantar sepasukan tentera bagi berhadapan dengan tentera Saidatina Aisyah.Anak Saidina Ali,Saidina Hassan pula berkata kepada ayahandanya agar tidak melakukan perkara sebegini(menghantar sepasukan tentera) kerankhuwatir timbul salah faham di antara mereka.Saidina Ali kemudian menjawab dengan berkata kepada anaknya,"Aku bukan ingin berperang tetapi ingin berjaga-jaga terhadap musuh yang ingin mengambil kesempatan sehingga akan menyebabkan peperangan".Kemudian berangkatlah Saidina Ali ke Basrah.

Di Basrah ,kumpulan Saidina Ali dan Saidatina Aisyah duduk ditempat berasingan(dalam dua kumpulan).Setelah itu,Saidina Ali menghantar wakilnya bagi berbincang dengan Saidatina Aisyah.Setelah itu,Saidatina Aisyah terus menyatakan bahawa beliau hanya ingin tindakan diambil terhadap pembunuh yang telah membunuh Saidina Uthman dan tidak bertujuan untuk memerangi Saidina Ali.Wakil dari pihak Saidina Ali pun menerangkan kepada Ummul Mukminin tersebut bahawa,Saidina Ali bukan tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh tersebut bahkan sisatan masih dijalankan.Saidina Ali tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat didalam peristuwa tersebut.Akhirnya persetujuan dimetrai dan tiada tindakan diambil.

Pada ketika itu timbul perasaan tidak senang di hati Abdullah bin Saba'.Kerana beliau ada hubungan dengan pembunuh yang membunuh Saidina Uthman.Abdullah berkata"Jika mereka berbaik maka dikemudian hari pasti kami yang akan dikenakan hukuman".Maka Abdullah dan pengikutnya merancang untuk memerangkan pihak Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah.Maka pada malam itu Abdullah Bin Saba mengatur dua kumpulan untuk menyerang kedua-dua pihak.Lantas,apakah yang akan difikirkan kedua-dua pihak tersebut apabila mereka diserang pada waktu malam?

Lalu terjadilah Perang Jamal diantara pihak Saidatina Aisyah r.a dengan Saidina Ali ibn Talib.Perang di antara umat islam itu sendiri.Kemenangan berpihak kepada Saidina Ali dan peperangan ini telah menyaksikan syahidnya Talhah dan Az Zubair.....


Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.” (Al-Baqarah : 191)

“Dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (Al-Baqarah : 217)

Wassalam...

4 comments:

Farid Jasmin said...

jgn fitnah oi..
berdosa besar..

Saif Al-Basil said...

betul-betul...
we must change...

Olive Tree said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Saif Al-Basil said...

thanks...

Post a Comment