Solat itu tiang agama.Pemimpin Adil tiang negara.
Salam ukhuwah buat pembaca sekalian.Kali ini ana ingin mengupas satu topik mengenai perihal seorang tokoh islam yang amat disegani dengan kepimpinannya.Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang amat bertaqwa dan zuhud,malah amat kuat pegangan agamanya.Pabila elemen-elemen ini digabungkan,akan lahirlah seorang penguasa yang agung serta mampu menerajui negara dengan penuh keadilan dan saksama.
"..kalaulah dunia ini sebuah negara,maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!"
-Napolean Bonaparte-
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481.Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad.Baginda menjadikan Adrianopel(Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul(yang bermaksud Islam keseluruhannya),terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik,Parsi,Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Kota Konstantinopel ditawan oleh orang Islam.
Hanya selepas 800 tahun hadis itu diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW,barulah ia menjadi kenyataan.Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ayyub al-Anshari gugur syahid ketika membantu kempen Muawiyah bagi menakluk Konstantinopel lalu dikebumikan di sisi benteng kota itu.Hal ini kerana beliau ingin mendengar bunyi derapan tapak kaki askar-askar yang baik diketuai sebaik-baik pemimpin tersebut.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim,Syeikh Syamsuddin al-Wali.Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad(ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh),"Wahai Sultan Murad,bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel,tetapi anak yang di dalam buaian itu,"merujuk kepada Muhammad al-Fateh yang masih berada di dalam buaian.
Sejak itu,Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana.Dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.Baginda membesar sebagai seorang pemuda yang tampan.Bentuk badannya tegap,kuat dan tinggi.Pipinya kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Baginda mula menaiki takhta ketika berumur 19 tahun.Pada saat itu,baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.Pada suatu ketika,Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan istiadat kehidupan raja-raja.Tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.
Sultan Muhammad al-Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 mangkat ketika berusia 49 tahun pada 3 Mei 1481.
Persoalannya....Siapakah warisan kepimpinan sebegini pada abad milenium ini...Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan cara Islam mampu melahirkan generasi terbilang.Oleh itu,sebagai generasi muda pembangunan akhlak harus dilakukan sejajar dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.Bersama-samalah kita memakmurkan bumi Allah dengan tegaknya syiar Islam di muka bumi ini...
Sekian.
-Napolean Bonaparte-
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan."(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335).
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481.Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad.Baginda menjadikan Adrianopel(Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul(yang bermaksud Islam keseluruhannya),terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik,Parsi,Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Kota Konstantinopel ditawan oleh orang Islam.
Hanya selepas 800 tahun hadis itu diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW,barulah ia menjadi kenyataan.Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ayyub al-Anshari gugur syahid ketika membantu kempen Muawiyah bagi menakluk Konstantinopel lalu dikebumikan di sisi benteng kota itu.Hal ini kerana beliau ingin mendengar bunyi derapan tapak kaki askar-askar yang baik diketuai sebaik-baik pemimpin tersebut.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim,Syeikh Syamsuddin al-Wali.Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad(ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh),"Wahai Sultan Murad,bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel,tetapi anak yang di dalam buaian itu,"merujuk kepada Muhammad al-Fateh yang masih berada di dalam buaian.
Sejak itu,Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana.Dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.Baginda membesar sebagai seorang pemuda yang tampan.Bentuk badannya tegap,kuat dan tinggi.Pipinya kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Baginda mula menaiki takhta ketika berumur 19 tahun.Pada saat itu,baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.Pada suatu ketika,Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan istiadat kehidupan raja-raja.Tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.
Setelah menawan Konstantinopel,Sultan Muhammad al-Fateh menukar namanya kepada Istanbul lalu menjadikan kota itu sebagai ibu kota empayar Turki.Kemudian baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462.Seterusnya Sultan Muhammad al-Fateh menawan Italia,Hungary dan Jerman.Ketika berada di puncak kegemilangannya,Sultan Muhammad al-Fateh memerintah 25 buah negeri.Setelah itu baginda membuat persiapan bagi meluaskan empayar di Rhodesia.Malangnya baginda mangkat setelah diracun oleh seorang yahudi bernama Maesto Jakopa(doktor peribadi Sultan Muhammad sendiri).
Sultan Muhammad al-Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 mangkat ketika berusia 49 tahun pada 3 Mei 1481.
Persoalannya....Siapakah warisan kepimpinan sebegini pada abad milenium ini...Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan cara Islam mampu melahirkan generasi terbilang.Oleh itu,sebagai generasi muda pembangunan akhlak harus dilakukan sejajar dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.Bersama-samalah kita memakmurkan bumi Allah dengan tegaknya syiar Islam di muka bumi ini...
Sekian.
0 comments:
Post a Comment